Senin, 19 April 2010


Cenderawasih Comel

Tak tau la saya kalau ini anak cenderawasih atau bukan. Dari rakan tempat saya dapat dia kata bukan anak. Memang sudah dewasa cuma memang jenis berbadan kecil dan ekornya pun tidak banyak mana.

Comel jer nampak duduk atas kapal perhiasan atas tv.


Cenderawasih Besar

















Suka saya lihat yang ini. Garang! Mati tengah terbang, seakan menyambar. Ekor kembang dan berkilat walaupun dalam keadaan gelap tak berapa cerah.

Bulu dawai dan bulu ariel dia panjang sampai kena simpulkan sikit utk senang dibawa. Kakinya sudah siap berdawai besar utk diikat pada kayu atau ranting sebagai tapak.

Bakal tuan dia kena sediakan bekas kaca yang agak besar untuk yang ini kerana kembang dia hampir maksimum. Buat sementara saya selit saja raga rotan untuk pastikan dia berdiri. Harum satu rumah.

Cenderawasih bertuan


Ini cenderawasih mula-mula saya jumpa dan saya simpan hingga ke hari ini. Yang ini tidak ada harga untuk ditukarganti.




Dia datang bersama yang seekor lagi yang kemudiannya menjadi milik salah seorang dari rakan saya.

Cenderawasih Galeri Warisan Seni Pusaka

Bangkai burung cenderawasih berbau harum

BURUNG cenderawasih yang dikatakan hanya menetap di awan, turut diburu peminat barangan ganjil serta pengumpul barangan purba kerana nilai seni serta komersialnya yang cukup tinggi.


Harganya turut melonjak sehingga ratusan ribu ringgit kerana kesukaran memperolehnya serta nilai perubatan dan khasiatnya yang dianggap luar biasa.

Pemilik Galeri Warisan Seni Pusaka di Kuala Rompin Pahang, Mohd Shahrizal Abdul Rahim, 25, turut memiliki dua ekor burung Cenderawasih jantan di galeri itu.

Keharuman semula jadi pada burung cenderawasih serta bau semula jadi yang harum keluar dari badan burung itu walaupun bersifat bangkai masih harum dan menusuk.

Mohd Shahrizal berkata, permintaan tinggi terhadap burung itu adalah kerana banyaknya khasiat pada burung cenderawasih yang dikatakan berasal dari alam kayangan itu, serta menolak tanggapan masyarakat yang burung itu dibela atau hidup di hutan telah diungkapkan masyarakat Melayu lama dalam kitab-kitab lama.

“Dalam kitab Tajul Muluk telah diberikan beberapa panduan tentang perubatan dan khasiat burung itu, termasuk warnanya yang mempunyai variasi tersendiri,” kata Mohd Shahrizal.

Katanya, jika burung itu ia dipercayai akan keras seperti bersifat semula jadi tanpa diawet.

“Di sinilah letaknya keistimewaan bangkai burung itu, meskipun telah mati tetapi didakwa tidak berulat serta tidak mengeluarkan bau busuk,” katanya.

Pemilik Galeri Warisan Seni Pusaka, Mohd Shahrizal, berhasrat menjualkan kedua-dua ekor burung itu kepada orang ramai yang benar-benar memerlukan burung itu.

“Kami bersedia menjual burung itu kepada mana-mana pihak atau individu, asalkan ia digunakan dengan tujuan dan niat yang baik serta mampu membantu manusia lain

Beliau tidak menolak kemungkinan, peminat seni menjadikan burung cenderawasih sebagai perhiasan semata-mata kerana badan burung itu memilik warna-warna yang sangat menarik serta memikat.

Galeri Warisan Seni Pusaka turut memperagakan burung itu selain senjata-senjata lama, batu-batu cincin dan perhiasan, gambar, pakaian, serta barangan yang dikategorikan purba serta dari alam bunian di galeri itu.

Bagi mereka yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut serta menyaksikan bangkai burung cenderawasih itu boleh mengunjungi galeri ini atau menelefonnya menerusi talian

Beliau berkata, kepada pengamal ilmu perubatan tradisional, serta mereka yang arif mengenai tentang itu, ada seribu rahsia serta nilai perubatan serta kesihatan yang dianggap luar biasa dan berkhasiat tinggi.

CENDERAWASIH SPECIFICATION

The story begins when there is an old folk secret book called Tajul Muluk describe about a bird called Burung Cenderawasih. The bird was born in paradise. Many of the eldest said, cenderawasih came from paradise and always found sitting beside pious.

There was also mentioned in other Malay old books, when cenderawasih came down to earth, its life will end. However, the strange and interesting about this bird is the body of cenderawasih will not degrade. It is because it was said that the bird only drink water in the paradise. Moreover it has very tremendous fragrance and we cannot say it in word. Cenderawasih died because of many reasons. They sometimes died while flying, while at rest or while sleeping.

From our research, this bird is commonly known as Burung Cenderawasih in this region or Asean country. For Chinese people the bird commonly call as Phoenix Bird which always relationship with China Emperor. In Europe, the bird is popularly known as 'Bird of Paradise'. Where this bird actually comes from is still remain unknown until now. There is no evidence that this bird comes from paradise. Many of the birds are still with their keeper which are kept throughout generations.

In the book of Tajul Muluk, burung cenderawasih was said to have various advantages.Most of the body parts are used in traditional medicine. Many people use the bird because they believe it can bring good luck for their own use or for business. Burung cenderawasih is used as 'pelaris' (for good fortune). Most people who has been interviewed told us that the tail of the burung cenderawasih brought luck to their life. However, the reality about burung cenderawasih is the bird remain a mystery.

KHASIAT CENDERAWASIH

  • Bagi setengah pengamal perubatan tradisional, ianya sangat berguna untuk perubatan mereka.
  • Mengikut dalam kitab - .." Jika kita bawa kemana-mana bulu burung cenderawasih, menjadi pengasih dan petunjuk kepada sekalian manusia "
  • Katanya lagi - .." Wajah nampak berseri, orang selalu hormat kita, lawan jadi sahabat. Rezeki Mudah. Kalau yang dengki kepada kita, tertutup hati dengki kepada kita, dan dia kasih kepada kita ..."
  • Bagi golongan ahli perniagaan dan politik - " Maka sesiapa yang taruh burung cenderawasih di rumah, amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepandang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya-raya dan dipandang mulia. Wallahu'alam.

SEJARAH MENURUT KITAB LAMA

AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.

Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.

Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.

Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.

Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.

Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.

Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.

Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.

Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Rom dan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya.Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya,Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar